Sekalung tahniah kepada Juara Dunia Sazali Samad kerana berjaya mengungguli sebanyak 10 kali kejuaraan manakala Lilian Tan telah mendapat dua kali Juara Dunia untuk kategori Wanita.
Kejayaan di kejohanan berkenaan merupakan satu rekod baru dunia selepas Sazali turut meraih kejuaraan pada 2000, 2004, 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.
Atlet-atlet lain yang turut meraih pingat adalah Buda Anchah (Naib Johan kategori Master & Ke-5 kategori Lightweight), Mike Mahen (Ke-3 kategori Athletic Physique Men – up to 170cm) dan Azahar Mahamad (Ke-5 kategori Master). Tiga orang lagi atlet yang bertanding adalah Roszaimi, Malvern & Mohayan. Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Syabas Team Malaysia!!!